RSS

Monday, August 9, 2010

Lawatan KAFAII 2010

Lawatan pada 7 Ogos 2010 , Sabtu yang lalu telah pun berakhir dengan jayanya. Sebanyak 2 bas telah membawa peserta lawatan mengikuti program ini. Penyertaan disertai oleh 22 pelajar tadika Islam Al-Islahiah & kira-kira 50 pelajar KAFA Integrasi Al-Islahiah.

Tempat yang dilawati ialah Beryl's Choc Factory, Pusat Sains Negara, Muzium Negara & Planetarium Negara.

Jumpa lagi di lawatan akan datang !!

Tuesday, June 8, 2010

Peralatan yg perlu dibawa oleh peserta

1. Baju aktiviti yang menutup aurat
Perempuan - Baju kurung + tudung (5 helai)

2. Baju aktiviti luar @ riadah = Tracksuit + t-shirt, atau sebarang pakaian yg sesuai untuk aktiviti riadah (peserta perempuan diwajibkan memakai baju berlengan panjang)

3. Pakaian ibadah
# Lelaki : Baju melayu/kain pelekat (kopiah @ songkok)
# Perempuan : Telekung

4. Peralatan mandian
# Sabun
# Berus gigi
# Ubat gigi
# Tuala
# Dan lain-lain

5. Peralatan tidur
# Selimut

6. Peralatan menulis
# Kotak pensel
# Buku nota kecil

BARANG LARANGAN

1. Benda-benda tajam
# Pisau
# Gunting & lain-lain

2. Bahan-bahan bakar
# Mancis
# Rokok

BARANG KEBENARAN BERSYARAT (atau dipegang sementara)

1. Telefon Bimbit

2. Radio kecil @ mp3

3. Barang kemas

4. Kamera

5. Dan lain-lain barang berharga

# Syarat : Bawa dengan tanggungjawab sendiri sekiranya berlaku kecurian @ kehilangan

Wednesday, June 2, 2010

Tentatif Kem Smart Mukmin

AHAD ( 13 JUN 2010 )

2.00 – 3.00 petang : Pendaftaran

3.00 – 4.30 petang : Taklimat program & Ice-breaking

4.30 – 5.00 petang : Solat Asar berjemaah / Al-Mathurat

5.00 – 5.30 petang : Kudapan

5.30 – 6.30 petang : Riadah

6.30 – 7.25 malam : Tadbir diri / Makan malam

7.25 – 9.00 malam : Solat Maghrib & Isyak berjemaah

9.00 – 11.00 malam : Hafazan / Minum malam & Kembara mimpi

ISNIN ( 14 JUN 2010 )

5.00 – 6.00 pagi : Tadbir diri

6.00 – 6.30 pagi : Solat Subuh berjemaah / Al-Mathurat

6.30 – 7.00 pagi : Kuliah Subuh – “Syurga & Neraka”

7.00 – 8.00 pagi : Riadah 1

8.00 – 8.30 pagi : Tadbir diri

8.30 – 9.00 pagi : Sarapan pagi

9.00 – 11.00 pagi : Slot 1 : “ Apa erti saya sebagai Muslim ?”

11.00 – 12.30 pagi : LDK 1

12.30 – 2.00 petang : Persiapan diri, solat Zohor berjemaah & Makan t/hari

2.00 – 3.30 petang : Slot 2 : “ Kenali Diri “

3.30 – 4.30 petang : LDK 2

4.30 – 5.00 petang : Solat Asar Berjemaah / Al-Mathurat

5.00 – 5.30 petang : Kudapan

5.30 – 6.30 petang : Riadah 2

6.30 – 7.25 malam : Tadbir diri / Makan malam

7.25 – 8.35 malam : Solat Maghrib berjemaah / Kuliah Maghrib :

Solat Tiang Agama

8.35 – 9.00 malam : Solat Isyak berjemaah

9.00 – 11.00 malam : Tayangan Video : Sang Murabbi / Minum malam

& Kembara mimpi

SELASA ( 15 JUN 2010 )

4.30 – 5.00 pagi : Tadbir diri

5.00 – 6.00 pagi : Munajat ‘abdi

6.00 – 6.30 pagi : Solat Subuh berjemaah / Al-Mathurat

6.30 – 7.00 pagi : Kuliah Subuh

7.00 – 8.00 pagi : Riadah 3

8.00 – 9.00 pagi : Tadbir diri / Sarapan pagi

9.00 – 10.00 pagi : Slot 3 : “Saya Anak Soleh (Akhlak)”

10.00 – 11.30 pagi : LDK 3

11.30 – 12.30 t/hari : Riadah 4 : Treasure Hunt

12.30 – 2.30 petang : Makan t/hari / Solat Zohor berjemaah

2.30 – 4.30 petang : Slot 4 : “Aku adalah Khalifah”

4.30 – 5.00 petang : Solat Asar Berjemaah / Al-Mathurat

5.00 – 5.30 petang : Kudapan

5.30 – 6.30 petang : LDK 4 – Rehearsal untuk majlis penutup

6.30 – 7.25 malam : Tadbir diri / Makan malam

7.25 – 10.00 malam : Solat Maghrib & Isyak berjemaah

Ceramah Perdana : Ke Arah Membentuk Remaja

Bersahsiah & Bermotivasi Tinggi” Ustaz Zulkifli Ahmad – [penceramah bebas]

Penyampaian sijil & bersurai

Tuesday, May 4, 2010

Program cuti sekolah

PROGRAM CUTI SEKOLAH
KEM SMART MUKMIN

Anjuran Bersama :
KAFA INTEGRASI ISLAHIAH
DUN Lembah Jaya (YB Tn. Hj. Khasim Abd. Aziz)
Masjid Ubudiah & Zuhal Management Service

Tarikh : 13 Jun 2010, Ahad jam 2.00petang
hingga 15 Jun 2010, Selasa jam 9.00malam

Tempat :
KAFA INTEGRASI ISLAHIAH
(Majlis Penutup & Ceramah Perdana Akan Diadakan
Di Masjid Ubudiah, Kampung Tasik Tambahan)

“ MEMBENTUK GENERASI BERTAQWA “

Untuk Keterangan & Pendaftaran Sila Hubungi :
Ustaz Ahmad Radzuan Bin Haji Hassan – Hp 019-6697167
Ustazah Aminah Binti Mohd. Yusoff – 019-2687167
Pejabat KAFA Integrasi Islahiah – 03-42930316

Laman Blog :
www.kafaiislahiah.blogspot.com
www.kafaiislahiah.wordpress.com

Tarikh tutup : 08 Jun 2010

Wednesday, January 27, 2010

Pembukaan kelas KAFA Islahiah di surau.

Untuk makluman semua, kelas pengajian KAFA Islahiah telah dibuka di Surau Baitul Ehsan, Ampang Campuran. Tujuan kelas ini diadakan ialah untuk memenuhi permintaan ibu bapa/penjaga yang ingin menyekolahkan anak mereka di KAFA Islahiah tetapi tidak dapat menghantar anak mereka ke bangunan kedai KAFA Islahiah disebabkan masalah pengangkutan dan sebagainya. Oleh itu, kelas ini telah dibuka pada 4hb Januari yang lepas untuk sesi petang sahaja. Setakat ini, pelajar-pelajar di sini ada seramai 5 orang yang terdiri daripada murid Tahun 1 , 2 & 3.